Friday, 6 April 2012

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU PONTENG SEKOLAH

1. Peranan Ibubapa
 Mereka perlu memberi perhatian kepada anak sama ada dalam soal memberi kasih sayang atau perhatian terhadap pelajaran mereka. Mereka seharusnya memerhatikan gerak-geri anak mereka, dengan siapa anak mereka berkawan, kerap menghubungi pihak sekolah serta memeriksa beg sekolah anak mereka sebagai bukti sama ada anak-anak mereka menghadiri sekolah atau tidak.

2. Peranan Sekolah
. Pihak sekolah perlu menyediakan suasana persekolahan yang kondusif serta tidak menekan pelajar untuk menarik minat pelajar agar terus menghadiri kelas. Oleh yang demikian, guru haruslah mengubahkan cara mendidiknya ataupun menambahkan sedikit hiburan supaya pelajar tidak dapat berasa bosan dan mereka dapat menikmati keseronokan dalam pelajaran.

3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Dengan menolong pelajar yang selalunya lewat ke sekolah, pihak sekolah haruslah memberi kaunseling kepada pelajar, bukannya merotan mereka sebagai denda kerana tindakan tersebut mungkin akan memberi kesan yang negatif padanya. Sebaliknya, jika pelajar dapat dikaunselingkan, pihak sekolah dapat tahu sebabnya dan dapat memberi nasihat yang sewajarnya.

4. Sikap Masyarakat
Seharusnya masyarakat mendukung konsep ummah atau kekitaan dalam menangani gejala ponteng sekolah, sikap mudah tegur-menegur, nasihat-menasihati apabila sesuatu kepincangan berlaku dalam masyarakat.

~ FARAH NABILAH~
http://nowieyieda.wordpress.com/kandungan/langkah/

No comments:

Post a Comment