Friday, 6 April 2012

KESAN PONTENG SEKOLAH


1. Pembaziran masa dan tenaga
Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng sekolah terutamanya adalah masa dan tenaga mereka akan dirugikan kerana masa yang dibazirkan tidak akan dipulang ataupun dikembalikan. Jika mereka dapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng sekolah dan mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya dalam masa yang akan datang dan kerjayaannya dapat memberi kehidupan yang baik dan selesa kepada generasi seterusnya.

2. Masyarakat memandang serong kepada pelajar
Kesan kedua yang dihadapi adalah masyarakat akan memandang rendah ataupun hina kepada mereka dan ini secara tidak langsung mereka akan memalukan maruah keluarga. Sebagai contoh, apabila seseorang ternampak sekumpulan pelajar tengah ponteng sekolah, satu-satunya pendapat mereka terhadap pelajar tersebut adalah mereka adalah “sampah” masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi perkhidmatan kepada masyarat pada masa depan.

 3. Masa Depan tidak terjamin
Kesan lain yang akan dihadapi adalah pelajar tersebut adalah mereka akan ditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajar ini akan hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan.

4. Menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar
Lazimnya para pelajar yang kerap ponteng sekolah dengan sendirinya turut menjejaskan rekod kedatangan fail peribadi pelajar. Kesannya lebih meruncing sekiranya peratus kedatangan pelajar terbabit tidak mencapai syarat wajib kedatangan harian ke sekolah sebanyak 85%. Justeru, sekiranya tidak memenuhi syarat tersebut peluang bagi pelajar terbabit untuk mengikuti peperiksaan akhir tahun turut terjejas.

~ANIS ZAFIRAH~
http://nowieyieda.wordpress.com/kandungan/kesan-ponteng-sekolah/

No comments:

Post a Comment