Saturday, 5 May 2012

SINOPSIS HEMODIALISIS

Mama terkejut apabila terdapat bengkak pada kaki abah setelah abah mengadu sakit perut yang amat sangat. Mama menyarankan supaya abah diperiksa oleh Dr. Afif, anak mereka sendiri, tetapi abah menegah. Apabila abah pengsan, mama memanggil Afif yang selanjutnya mencadangkan abah ke klinik. Apabila abah terus membantah, Afif memanggil Dr. Leong, doktor baharu di klinik Afif. Abah disyaki menghidap penyakit buah pinggang (pulyuria atau oliguria) yang teruk. Akibat tertekan dengan sikap abah, beberapa kali Afif meninggikan suara. Hanya Nabilah, anak Afif, cucu abah dapat melembutkan sedikit pendirian abah. Namun, abah tetap berdegil hingga memaksa Afif mengarahkan Dr. Leong menyorong abah dengan kerusi roda ke klinik. Empat jam kemudian, abah kembali ke rumah. Kali ini dengan mesin hemodialisis. Abah masih mempertikaikan kos rawatan pembersihan darah yang menggantikan fungsi buah pinggangnya itu. Anak bongsu balik dari kampus dengan keputusan cemerlang. Kerana teruja, sambungan mesin hemodialisis terputus dan darah merah membasahi baju abah. Keadaan menjadi genting apabila Afif sedang mengendalikan kes kecemasan di hospital. Apabila Afif pulang, dia berjaya menyambungkan mesin berkenaan, dan abah kembali sedar...

SUMBER: http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2011/02/hemodialisis-drama-komsas-tingkatan-2.html
(FARAH NABILAH)

No comments:

Post a Comment