Sejak akhir-akhir ini, kebanyakan pelajar banyak terkena keracunan makanan. Maksud keracunan makanan ialah apabila kita berasa dalam keadaan loya, muntah, sakit perut dan cirit-birit. Biasanya, pelajar yang terkena keracunan makanan apabila mereka membeli makanan atau minuman di luar pagar sekolah.
Makanan yang terdedah dan cara pengendalian makanan yang tidak bersih memberi kesan terhadap punca keracunan makanan. Makanan yang terdedah dan cara pengendalian makanan yang tidak bersih boleh mengundang serangga yang kotor. Tamsilnya ialah lipas, lalat dan tikus. Apabila mereka menghurung sesuatu makanan, mereka akan membiak di atasnya terutamanya lalat.
Di samping itu, makanan yang dicemari bahan kimia turut memberi kesan kepada punca-punca keracunan makanan. Apabila kiata makan makanan yang dicemari bahan kimia, kemungkinan besar kita akan sakit perut lalu cirit-birit. Hal ini terjadi kerana terdapat bahan kimia yang banyak.
Lain daripada itu, makanan yang tidak dimasak sempurna ialah salah satu puncanya. Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna itu amat merbahaya kepada kesihatan kita. Contohnya, sayur yang tidak dibasuh dengan elok, ikan yang sudah busuk atau lama boleh menyebabkan kita cirit-birit.
Kesimpulannya, keracunan makanan amat merbahaya kepada kesihatan kiata. Jadi, sebelum memilih tempat untuk makan atau minum plilillah gerai yang kawasannya bersih dan penjajanya memakai apron, menutup kepala dan bak kata pepatah, 'tepuk dada, tanya selera'.
(FARAH NABILAH)
No comments:
Post a Comment